Wednesday, October 15, 2008

LATARBELAKANG MASJID MUADZ BIN JABAL

LATARBELAKANG MASJID MUADZ BIN JABAL

Sejarah Masjid

Pembinaan Masjid Muadz bin Jabal (MMBJ) bermula pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada tahun 1998. Terletak di Jalan Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur, tapak masjid ini pada mulanya adalah di bawah pemilikan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan telah dibeli dan diambilalih pemilikan oleh MAIWP. Pembinaan masjid ini telah dibiayai oleh Kerajaan, Island & Peninsular dan orang perseorangan (anak-anak qariah) dan dipantau oleh JKR.

Pada awal pembukaan masjid ini, ianya telah diselenggara dan diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja (ahli qariah) sebelum ianya diambilalih oleh Majlis Agama Islam WP (MAIWP) pada tahun 1998. Kos pembinaan anggaran 5 juta Ringgit Malaysia. Warna masjid asalnya biru, ubah kuning dan kembali bertukar biru. Sehingga kini, masjid ini masih belum dirasmikan.


MMBJ merupakan masjid pusat zon 4 sehingga penghujung tahun 2008 dan diambilalih pentadbiran pusat zon oleh masjid baru di Wangsa Maju iaitu Masjid Usamah Bin Zaid .
Zon 4 merangkumi 8 buah masjid, 11 Surau Jumaat dan surau-surau lain sekitar 50 buah surau dibawah seliaan Masjid Pusat Zon 4.

Masjid Pusat Zon 4 : Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju

Masjid Zon:
  • Masjid Al Akram, Kg Datuk Keramat
  • Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
  • Masjid Khalid Al Walid, Jln Padang Tembak
  • Masjid Jameul Ehsan, Pekan Setapak
  • Masjid Al Muttaqin, Wangsa Melawati
  • Masjid Solihin Polis Depoh, Jln Semarak
  • Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Tmn Sri Rampai
  • Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa
Surau - surau di bawah pentadbiran kariah Masjid Muadz bin Jabal :

  • Surau As Syakirin, Keramat Wangsa
  • Surau Ar Rasyidin, Puncak Setiawangsa
  • Surau An Nur, Rumah Panjang Setiawangsa
  • Surau Darul Iman, Kelompok Tempua
  • Surau Al Hidayah, Menara Merak Kayangan
  • Surau Nurul Iman, AU3
  • Surau Al Muttaqin, Pangsapuri Mutiara TLDM
  • Surau Al Hidayah, Blok Melati
  • Surau Al Muhajirin, Keramat Wangsa
  • Surau Al Firdaus, Desa Tun Hussein Onn
  • Surau Nurussalam, Kelompok Kenanga
  • Surau Al Wardah, Pangsapuri Mawar Sari
  • Surau Kelompok Camar
  • Surau Ar Ridzuan, Pangsapuri ATM
  • Surau Kawthar, Menara Sri Tanjung
  • Surau PDRM, Kelompok Teratai
  • Surau An Nahwan, Menara Sri Pulai
  • Surau Kemboja, Menara Kemboja PDRM
  • Surau Al Ansar, DTHO

No comments: