Saturday, February 7, 2009

DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Berangkat Menunaikan Solat Jumaat di MMBJ


Assalamualaikum,

Untuk makluman para jemaah, MMBJ amat bertuah sekali dengan keberangkatan tiba DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah beserta Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique untuk menunaikan solat Jumaat pada 6hb. Februari, 2009 yang lalu. Turut hadir ialah pengarah JAWI, Dato' Hj Che Mat Che Ali.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Muadz Bin Jabal, Sohibul Fadhilah Us. Hj Shahrizan Hj Daud.